Wednesday 5 August 2009

Updates: Will I ever grow up?

Bismillahirrahmanirrahim.

Post ini melambangkan post yang pertama aku post sejak wujudnya blog ini 5 bulan yang lepas. Pada mulanya aku memang sangat malas nak tulis blog, ye laa bukan nak kasi alasan busy memanjang, mungkin sebab xde keperluan untuk menulis kot. haha

Anyways,

...................................................................................................................................................................................

Sekarang ni umur aku dah 22 Tahun. Tinggal 3 Tahun lagi nak graduate nak jadi seorang doktor. Rasanya memang sekejap saja masa berlalu. Housemate aku dah berumah tangga. Naqib aku pun sama. Boleh dikatakan hampir semua rakan-rakanku sudah bersedia untuk beralih dari zaman bujang ke zaman berkeluarga. (Sungguh cepat!!)

Bila difikirkan semula, adakah aku yang sekarang ini masih lagi berada di ambang lewat keremajaan telah bersedia untuk berpindah ke zaman kedewasaan yang memerlukan kematangan fikiran, kewarasan akal, kecerdikan akal dan tidak lupa kemantapan rohani untuk melakar bahtera warisan aku sendiri di masa hadapan?

Satu jawapan yang senang : Tidak

Kenapa Tidak?

..." Aku belum bersedia lagi.. alaa.. ada lagi 3 tahun.. Nanti aku jadi matangla.."
..." Yes.. I know. but i'm not ready yet. I'll learn it once i get to it"

Itulah jawapan yang sering aku katakan kepada diri sendiri apabila melihat rakan2 lain menjadi lebih matang dan berjaya.

Well.. will I ever grow up?

Yes?... No?

..
...
....

Eventually YES.

..
...
....

Certainly YES.


Mungkin Persediaan ke arah matlamat itu memerlukan banyak lagi pengorbanan dan latihan yang aku rasa aku perlu bermula dari sekarang dan InsyaAllah aku akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut dari hari ke hari berikutnya.



Muhasabah hari ini:

Teringat kata-kata yang sangat mendalam daripada seorang ustaz..

" Kadang kala kita selalu ucapkan SELAMAT HARI LAHIR dan Moga Allah Panjangkan umur.. kepada sesiapa sahaja yang menyambut hari lahir. Tetapi kita tidak pula sebut "Selamat menghadapi persediaan untuk mati kerana engkau berada satu tapak lagi berhampiran dengannya". Jangka hayat kita telah ditetapkan olehNya sewaktu kita berada di alam roh lagi. dan sedarlah bahawa kita hidup di dunia ini hanyalah sebagai tapak persinggahan dan di akhiratlah jua kita akan berkekalan"


Wallahualam.